// Monday, March 17, 2014
|
11:23 AM |
insomnia gara-gara sebatian kopi dan larut milo mengkudratkan aku untuk menulis. 13/1/2014 -18/3/2014 hampir 2 bulan 5 hari bersamaan 65 hari mungkin selama usia 23 tahun aku tanpa Lelaki itu. Lelaki yang terpaling ada pada setiap hembus suka duka aku. Bapak. ah. RINDU. ah. SENDU ah. CEMBURU bila mana frasa ibubapa bertalu melorong keluar dari lorong ujaran. yang aku terbiasa ada dua kini yang memikulnya cuma seorang. betapa Tuhan ambil ayah cukup buat aku percaya Ayah lebih disayangiNya. kalaulah kalau bisa tergantikan yang namanya ajal maut aku lah yang terpaling akan sukarela tapi itu tidak mungkin sebab yang namanya ajal maut itu bukan bersandar pada penggantian memasing sudah mengikat janji untuk pulang. dan. terkadang aku mengelak untuk terlalu mengingat bukan kerana sayang tiada bukan kerana aku maha ego untuk redhakan qada qadar aku sisip kemas memori 23 tahun itu untuk aku sendiri untuk aku sentiasa beringat bahwa tiada lelaki yang mampu bahagiakan aku sebahagia bapak. al fatihah. |

Older entries