ABOUT LINKS TAG
about


seorang amatur yang gemar muntahkan rasa dalam eskapismenya sendiri

// Sunday, March 30, 2014
9:48 AM
Itulah manusia
Diberi betis
Hendakkan peha
Dapat peha
Dicalar calar
Sedang dulu 
Beria berkehendakannya

Entah
Dari sudut apa
Aku musykil
Mahu apa
Aku tiada terfikir
Jarang sekali mahu syukuri
Tiada pernah mahu perbaiki

Beginilah
Kalau kelak aku ikut resmi angin
Usah dirisik lagi ya
Bebaskan aku dari dunia 
Yang mahu ikut telunjukmu itu saja.
Permisi.


// Saturday, March 29, 2014
10:46 PM
Lagi aku
kesekian kalinya aku
mudah
robek hati
alirkan tangis rindu
kerna aku
rindu ayah.

aku tahu aku sedar aku maklum.
ada saja insan lain di dunia yang azalinya , sebelum celik mata mungkin, sudah tidak punya ayah.
tapi aku.
aku terbiasa punya dia sejak 22 tahun lepas
aku terbiasa punya dia yang akan mengadu apa sahaja dengan aku
aku terbiasa punya dia yang risau lebih akan aku
aku terbiasa punya dia yang menjadi pari pari pengabul segala impian aku
aku terbiasa punya dia 
kini aku tiada dia

ayah
aku rindu.
lirih hati aku rindu
sebak hati aku rindu
kosong hati aku rindu
jasad ayah
nyawa ayah
roh ayah.

ayah..
moga kita bisa jumpa secepatnya
di syurga indah milik PENCIPTA.




// Wednesday, March 26, 2014
9:27 AM
DAN yang namanya kita ingin mengubah menjadi bedanya dari kita yang dulu itu cukup payah. cukup banyak rintangannya. terutama yang namanya istiqamah.

lagi

cukup perih juga untuk terima sebulatnya kehilangan insan terpaling bermakna dalam memberadakan kita di dunia sekarang yang jemputan kembalinya secara tiba-tiba. tiba -tiba bagi aku.tapi memang itu janjinya sejak azali. plot 50 tahun hidup yang sudah dipateri bersama pemilik hakiki. Allah. ajarkan aku untuk redha. untuk seikhlasnya terima. biar yang namanya kehilangan itu berat. cukup berat.


lagi. ujian hati hampir.untuk kembali atau tidak. Alhamdulillah.moga hati ini terus kuat untuk pegang pada prinsip itu kembali. tidak akan lagi mengikat komitmen dengan sesuatu yang tak pasti.


ya. ringan. mungkin sebab aku sudah muntahkan rasa dalam coretan ini.

permisi.



// Wednesday, March 19, 2014
10:33 AM
sebelum lelap.

izin aku untuk coret satu rasa.Yang takkan pernah padam hapus.


Hadamkan.

Yang namanya kehilangan,
takkan pernah mampu sebetulnya kamu hadam faham
Jika situasi itu tidak kamu sendiri terberadakan.

maaf. Tapi ini hakikat nyata. 

maka,
hargailah sosok sosok nyawa yang telah mempeluangkan kamu
celik melihat dunia.
utamakan mereka dari segala segi pun.
sebab redha mereka yang patut kita gigih kejar.

"Hanya yang pernah merasai kehilangan, benar benar tahu rasa sakitnya. Bukan hilang dimata tapi hilang di dunia. Sentak jiwa. Mengajar kita buka mata sayangkan yang masih kekal ada - Idhzaty Farid 2014 - "

yang juga dikongsi sama di FACEBOOK.


#Semoga perjalanan pergi balik ke program baktisiwa ke pagoh tajaan TPM & Anjuran PERBAYU selamat hendaknya. Jumaat-Ahad 


// Tuesday, March 18, 2014
10:40 AM
tatkala malam melabuh tirai
sang hitam selubungi biru putih langit

dan
jari ini rancak menari
melakarkan sesuatu yang belum terangka pasti
akan soal mati
yang azalinya sudah diikat di luh mahfuz sebelum ke duniawi


mati.
hari ini mungkin aku mendabik dada memakaikan warna warni indah membaluti tubuh aku
kelak
putih bersih itu rasmi baju aku
coklat tanah itu yang akan dihambur atas jasad aku
alunan talkin yang akan diperdengarkan sesudah tertanamnya aku

tapi
yang namanya manusia ini
biar sudah maklum tapi acah tidak tahu
sombongnya aku
masih lewa membekalkan diri
sedang bila bila masa nyawa tidak tetap ini bisa ditarik

masih mengacuhkan.

cuma
termampu
kubermohon agar Tuhan mempeluangkan aku
untuk kembali
pada pengembalian yang sebolehnya
tidak ku kesali
bukan penuh dengan noda
tapi penuh dengan pengabdian hanya padaNya.


19/3/2014
01.40am




// Monday, March 17, 2014
11:31 AM
aku mungkin
si amatur

 yang tidak hebat membungakan kata
tidak indah menukilkan sintak

tapi aku cinta kata
dan akulah manusia yang akan melopong dek
"deep"nya penulisan

setiap orang
obsesinya berbeda
dan aku
penggemar nukilan fynn jamal
pengunjung tegar blog terfaktab
dan punya keinginan memiliki segala buku milik mereka
bila BB1M dalam genggaman.







//
11:23 AM
insomnia gara-gara sebatian kopi dan larut milo mengkudratkan aku untuk menulis.

13/1/2014 -18/3/2014

hampir 2 bulan 5 hari bersamaan 65 hari mungkin selama usia 23 tahun aku tanpa Lelaki itu.

Lelaki yang terpaling ada pada setiap hembus suka duka aku.

Bapak.


ah. RINDU.
ah. SENDU
ah. CEMBURU

bila mana frasa ibubapa bertalu melorong keluar dari lorong ujaran.
yang aku terbiasa ada dua
kini yang memikulnya cuma seorang.


betapa Tuhan ambil ayah
cukup buat aku percaya
Ayah lebih disayangiNya.


kalaulah kalau
bisa tergantikan yang namanya ajal maut
aku lah yang terpaling  akan sukarela
tapi itu tidak mungkin
sebab yang namanya ajal maut itu
bukan bersandar pada penggantian
memasing sudah mengikat janji untuk pulang.


dan.
terkadang aku mengelak untuk terlalu mengingat
bukan kerana sayang tiada
bukan kerana aku maha ego untuk redhakan qada qadar
aku sisip kemas memori 23 tahun itu
untuk aku sendiri
untuk aku sentiasa beringat
bahwa
tiada lelaki yang mampu
bahagiakan aku
sebahagia bapak.


al fatihah.